07 October 2009

Jalan

mungkin jalan yang aku tempuh tidak sama seperti orang lain
dan mungkin juga
aku yang perlu membina jalan aku sediri
aku cemburu
melihat jalan jalan yang telah tersedia
namun ianya bukan untuk aku
tapi untuk mereka yang lebih bernasib baik

ada juga yang hanya bergoyang kaki
kerana habuan di penghujung jalan mereka
sudah pasti
biarpun begitu
aku disini
masih tercari cari bahan untuk membina jalanku sendiri
dan masih tidak tahu di mana penghujung jalan ku
atau mungkin jalan yang akan ku bina nanti
tiada penghujung nya..?

ya tuhan
ampunkan aku
aku tidak bersyukur dengan apa yang kau telah berikan kepadaku
aku masih mempunyai kudrat untuk membina jalan ku sendiri
aku tidak seperti insan yang lebih teruk nasibnya dariku

jalan setiap insan mungkin berbeza
jalanku juga berbeza
ku tahu ianya sukar
Namun
ku percaya
ianya bebaloi
untuk secebis rasa manis
impian yang jadi kenyataan


XXarizaneerza28~

No comments: